Thursday, August 13, 2009

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah

Salam.. harini hari ke-4 saya demam... today i'm feel a bit better than yesterday... cuma jgn kene aircond demam leh getting worst... doctor ask to stay at home.. kuarantin di rumah till sunday..

Baru sebentar tadi saya menonton rancangan semanis kurma @ tv9.. topic harini dugaan tanpa zuriat.. wah mcm sesuai je dengan saya... jom kita sama2 kongsi doa yang ustazah beri tadi ye...

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

* Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
* Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
* Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
* Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
* Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
* Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
* Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
* Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Kredit diberikan pada blog nuriman.

Friday, August 7, 2009

Kebaikan Keburukan Blog

Rasa janggal sebab selalu tu saya baca blog or tulisan orang lain.. paling best silently plak tu hehehh... tiba2 terdetik plak di ati nak berblogging... actually my primary blog www.chempakaindah.blogspot.com 'Chempaka Indah Gift Shop' dah berusia almost a year... tapi macam tak sesuai aje nak ber-chit chat kat my e-shop tu... so terdetik plak nak create another blog yang khas untuk post tulisan or artikel selain dari bisnes.. Rase janggal, pelik, segan bercampur baur... tapi i think i need to have a mechanism to write... meluah rase ataupun berkongsi cerita, ilmu dan pengalaman. Lebih banyak kita berkongsi lebih banyak informasi yang kita dapat kan..?? Dan lebih tepat keputusan yang kita buat..

In one articel stated that 'Perkongsian maklumat berguna adalah kebaikan blog yang paling ketara. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan orang di sebalik blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klip video. Kebaikan blog selain untuk memberi maklumat adalah:

a. Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia.
b. Melatih kemahiran menulis, walau dalam pelbagai bahasa.
c. Melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau ‘blog skin’.
d. Tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika Anda seorang pensyarah, atau guru.'


So tak salahkan jika saya menceburkan diri... as long as tak melampaui batas2 kesusilaan seperti di artikel ini 'Namun, blog mempunyai keburukan tersendiri. Baik atau buruk sesebuah blog sebenarnya bergantung pada orang yang mengendalikan blog tu, cemana orangnya, cemana attitudenya, perangainya dan kawalan emosinya.

Jika baik, maka baiklah blog tu, jadi bermanfaat. Jika buruk orangnya, maka akan menjadi buruklah blog tersebut di mata masyarakat. Kisah Raja Petra menjadi teladan. Keburukan blog yang utama adalah:

a. Menyampaikan maklumat palsu, fakta salah, juga yang berunsur fitnah.
b. Blog Di gunakan untuk memburukkan seseorang, misalnya tokoh politik dan selebriti.
c. Menyebarkan SPAM, iaitu maklumat tidak berguna semata-mata mendapat untung besar dari iklan di blog.
d. Sesiapa saja boleh menyamar ketika menjadi pengendali blog, walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah sebenar.
e. Menyebarkan maklumat lucah, imej porno, fail-fail digital yang bersangkut-paut dengannya.'


Saya admire ngan blog ni 'http://zezzatty.blogspot.com/', selain layout nye nampak sweet and simple, ia juga mengandungi info yang bagus. Selepas baca blog zatty ni baru la saya tahu keujudan dan fungsi serta kelebihan vaksin Rota virus and Pneumococcal. Insya bila ada baby nanti saya akan usahakan untuk baby kami juga diberikan vaksin ni.

Tak kurang juga ngan blog kepunyaan besfren saya http://kesahhidopsaya.blogspot.com/ Cara penulisannye sangat bersahaja and cute mcm orgnye.. ye kwn saya ni adalah sgt comel... almost everyday saya akan baca blog dia ni... menarik dan tak membosankan...

Di saat saya menulis blog ni.. pak long sedang tenat di ICU.. sakit jantung. Saya doakan moga segala urusan dipermudahkan dan moga pak long kembali sihat..amin

..Isnin yang lepas pakcik ayem, one of my uncle di Melaka telah pergi ke rahmatullah..Al-fatihah. Mulanye doctor suspect H1N1, tapi siang tadi ujian mengesahkan negative H1N1. Arwah berusia late 50s, pesakit kencing manis, darah tinggi dan paru2 berkuman.. simptom2nye hampir sama ngn H1N1... moga rohnye dirahmati Allah..amin

mm..saya nak masuk tidur, esok nak wake up early nak sambung buat gift najmie.. she wants to collect it next weekend.. daaa...to be continued...

Selepas H1N1..Pneumonia pula menyerang China...

Anjing sebar wabak pneumonia

--------------------------------------------------------------------------------

BEIJING - Seekor anjing dipercayai menjadi punca penularan wabak pneumonia di bandar Ziketan, barat laut China yang sehingga kini menyebabkan tiga orang meninggal dunia manakala lebih 10,000 penduduk dikuarantin, lapor media rasmi Xinhua.
Bandar Ziketan yang terletak di pedalaman wilayah Qinghai dikuarantin sejak Sabtu lalu sebagai usaha untuk mengekang penyebaran wabak yang sangat berbahaya itu.
Seorang pesakit berada dalam keadaan kritikal dan lapan lagi yang dijangkiti terdiri daripada sanak saudara mangsa pertama.
Mangsa pertama yang berumur 32 tahun bekerja sebagai penternak.
Ujian awal mendapati anjing milik lelaki tersebut mungkin menyebabkan wabak berkenaan.
Pengarah Biro Kawalan Penyakit Qinghai, Profesor Wang Hu berkata, anjing berkenaan dipercayai mati selepas memakan seekor tupai yang dijangkiti bakteria tersebut.
Lelaki berkenaan mati tiga hari selepas menanam anjingnya.
"Mangsa pertama mati kerana dipercayai (digigit kutu daripada anjing) kerana tidak memakai sebarang alat perlindungan.
"Lelaki itu yang tidak mengetahui dia dijangkiti kemudian menyebarkan kuman tersebut kepada saudara dan jiran-jirannya," kata Wang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, bakteria yang menyebabkan wabak itu pada kebiasaannya terdapat pada sebahagian haiwan mengunggis di wilayah tersebut seperti tupai.
Agensi berita Xinhua melaporkan, Kementerian Kesihatan China bertindak mengenakan perintah kuarantin itu bagi menghalang penularan wabak.
Wilayah Qinghai merupakan kawasan bergunung-ganang yang berkepadatan rendah sekali gus membantu mengekang penularan wabak tersebut.
"Bekalan makanan di kawasan itu juga dijamin. Masyarakat tempatan tidak perlu untuk melarikan diri dari kawasan bencana," kata seorang pegawai kerajaan tempatan, Dong Fukui.
Sejumlah penduduk di Ziketan sebelum ini dilaporkan merancang untuk melarikan diri dari kawasan kuarantin. - AFP

Thursday, August 6, 2009

Promosi Khas Aidilfitri...

Inginkan Kelainan di Hari Raya nanti..?? Hiasi rumah anda dengan Thread Lamp...gerenti cantik...